(repost)
BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG...
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.
Jika anda melakukan suatu hubungan berdasarkan perasaan, hanya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke masa.
2. Sayangi dia apa adanya.
Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan biarkan dia kekal begitu. Jangan sekalipun berfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubahnya, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tidak ada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekalipun mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia.
Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.
Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia pun telah cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya.
Sentiasa berprasangka baik padanya jika kita juga ingin dia berprasangka baik pada kita. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda ditempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya.
Kerana selamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya sama saja seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia dengan tanpa alasan yang benar.
Dia bukan hanya akan sesaat menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda,
Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahwa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sekuatnya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya dengan tulus dalam keadaan apapun.
Selasa, Juli 17, 2007
BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG...
Celoteh Keril - 18:54
Label: Love n Life
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
1 komentar:
point no.9 tuh bener banget.
banget banget banget ril.
hiks.
cow mah kadang suka ga peka!
Posting Komentar